| |
TARIAN
ZAPIN
Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab–Parsi
yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud
“gerak kaki” daripada perkataan ‘al–Zafn’.
Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak
tarinya berasaskan langkah kaki penarinya. Banyak tarian Melayu
ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai irama tarian.
TEKNIK PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN
Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi
kepada 3 peringkat :
1. Peringkat pertama - permukaan tarian atau pembuka tari.
2. Peringkat kedua - pecahan atau gerak serta lenggang tari.
3. Peringkat ketiga - penutup tarian.
Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu
tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu
bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan tidak diperlihatkan
secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun
kiri berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan
dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur
keagamaan seperti “salam” dan “assalamualaikum”,
kata– kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama
dan kesempurnaan budi pekerti.
PAKAIAN DI DALAM TARIAN ZAPIN
Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh Arab–Parsi, tetapi
dari segi pakaian, penari–penari memakai pakaian Melayu
selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok
dan wanita memakai kurung beserta kain sarong.
ALAT
MUZIK YANG DIGUNAKAN
Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi
tarian zapin ialah gambus, rebana, gendang dan marakas. Petikan
gambus untuk membawakan lagu, sementara rentak gendang atau
rebana menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu zapin
ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain–lain.
|